Modul P&P 942/1 Tema1-Sistem Bumi

Modul P&P 942/1 Tema1-Sistem Bumi

Fasa Bulan




FASA BULAN

            Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. 


            Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.

ANAK BULAN

             Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi.

             Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.


             Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap.

            Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.

            Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap.

Contoh Soalan Latihan

        Anda boleh menggunakan sumber ini sebagai bahan rujukan atau membuat latihan tambahan. Soalan-soalan yang disediakan adalah berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mendapatkan contoh soalan ini dalam bentuk dokumen, anda boleh download di SINI.




Contoh: 1





Learning Objective: 1.3 Appreciating the perfect placement of the planet
                                     Earth in the Solar System.
Learning Outcomes:1.3.1 State why certain planets are not conducive for living
                                       things.
                          1.3.2 Predict what will happen if the Earth is placed much
                                   nearer or farther from the Sun.
                          1.3.3 Conclude that the Earth is the only planet in the Solar
                                  System that has living thing.
                              
Name :_______________________________________________________       
Class :______________________________________Date:______________


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


  1. Hanya di planet ________________ terdapat hidupan. ­­ ­­­­­
  2. Hidupan dapat hidup di Bumi kerana ada ____________, ______________ dan ____________.
  3. Tumbuhan akan mati jika tiada _______________.
  4. Jika jarak planet dari Matahari semakin jauh, planet akan semakin ____________.
  5. Jika Bumi berada sangat dekat dengan Matahari, ketulan ais di kutub akan _______________ dan hidupan akan __________.





Contoh: 2



Name:_______________________________________________________                                  
Class: __________________________________Date : _________________

1
Jawab soalan-soalan di bawah.


Gambarajah di bawah menunjukkan planet ketiga dalam Sistem Suria.


a)    Namakan planet ini.

          _________________________________________________

b)   Kenapakah planet ini sesuai untuk hidupan hidup?

          _________________________________________________

c)    Apakah akan berlaku kepada hidupan di planet ini jika kedudukannya lebih dekat dengan Matahari?

          __________________________________________________

d)   Berikan inferens jawapan kamu di (c).

          __________________________________________________
           Seorang angkasawan membawa biji benih ke Bulan dan menyemainya.     
           Selepas seminggu biji benih tersebut tidak tumbuh.


    e) Nyatakan sebab pada keadaan biji benih tersebut?
          __________________________________________________




Contoh: 3





Learning Objective : 1.1 Understanding the Solar System
Learning Outcome :1.1.2 List the planets in the Solar System in a sequence.

Name :___________________________        
Class :____________________________        Date:________________


A


Senaraikan planet-planet mengikut urutan bermula dengan yang paling dekat dari Matahari.









B
Jawab soalan-soalan berikut.

1. Planet manakah yang paling hamper dengan Matahari?_____________

2. Apakah planet ketiga dari Matahari?____________________________

3. Namakan planet selepas planet Musytari._________________________

4. Namakan planet yang berada di antara planet Bumi dengan Musytari ._________________

5. Apakah nama planet kesembilan dalam Sistem Suria?_____________

Objek - Objek Lain Dalam Sistem Suria - Asteroid

Lihat Video
        Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid. 


        Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.

        Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.

        Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.

        Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.

        Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.

        Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.

Planet Kerdil

        Planet kerdil, sebagaimana yang dikelaskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, ialah jasad samawi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. mengorbit Matahari,
  2. mempunyai jisim yang cukup besar sehingga gravitinya mampu mengatasi daya jasad tegar sehingga jasad itu mencapai bentuk hampir bulat (keseimbangan hidrostatik),
  3. belum mengosongkan kawasan orbitnya supaya tidak diduduki oleh jasad lain selain satelit-satelitnya sendiri,
  4. dan bukan satelit bagi planet lain.
       
[ lihat Video ]        


         Klasifikasi ini diputuskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 24 Ogos 2006 berikutan pentakrifan semula maksud planet 2006. Justeru,Pluto, kerana tidak memenuhi syarat-syarat menjadi sebuah planet, secara rasminya "diturunkan pangkat" kepada status planet kerdil.

         Setakat ini, terdapat lima anggota planet-planet kerdil yang dikenal pasti:

  1. Ceres - ditemui pada 1 Januari 1801, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  2. Pluto - ditemui pada 18 Februari 1930, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 24 Ogos 2006.
  3. Eris – ditemui pada 5 Januari 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  4. Makemake – ditemui pada 31 Mac 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 11 Julai 2008.
  5. Haumea – ditemui pada 28 Disember 2004 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.
Anda Mungkin Juga Meminati: