Modul P&P 942/1 Tema1-Sistem Bumi

Modul P&P 942/1 Tema1-Sistem Bumi

Fasa Bulan




FASA BULAN

            Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. 


            Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.

ANAK BULAN

             Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi.

             Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.


             Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap.

            Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.

            Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap.

Contoh Soalan Latihan

        Anda boleh menggunakan sumber ini sebagai bahan rujukan atau membuat latihan tambahan. Soalan-soalan yang disediakan adalah berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mendapatkan contoh soalan ini dalam bentuk dokumen, anda boleh download di SINI.




Contoh: 1





Learning Objective: 1.3 Appreciating the perfect placement of the planet
                                     Earth in the Solar System.
Learning Outcomes:1.3.1 State why certain planets are not conducive for living
                                       things.
                          1.3.2 Predict what will happen if the Earth is placed much
                                   nearer or farther from the Sun.
                          1.3.3 Conclude that the Earth is the only planet in the Solar
                                  System that has living thing.
                              
Name :_______________________________________________________       
Class :______________________________________Date:______________


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


  1. Hanya di planet ________________ terdapat hidupan. ­­ ­­­­­
  2. Hidupan dapat hidup di Bumi kerana ada ____________, ______________ dan ____________.
  3. Tumbuhan akan mati jika tiada _______________.
  4. Jika jarak planet dari Matahari semakin jauh, planet akan semakin ____________.
  5. Jika Bumi berada sangat dekat dengan Matahari, ketulan ais di kutub akan _______________ dan hidupan akan __________.





Contoh: 2



Name:_______________________________________________________                                  
Class: __________________________________Date : _________________

1
Jawab soalan-soalan di bawah.


Gambarajah di bawah menunjukkan planet ketiga dalam Sistem Suria.


a)    Namakan planet ini.

          _________________________________________________

b)   Kenapakah planet ini sesuai untuk hidupan hidup?

          _________________________________________________

c)    Apakah akan berlaku kepada hidupan di planet ini jika kedudukannya lebih dekat dengan Matahari?

          __________________________________________________

d)   Berikan inferens jawapan kamu di (c).

          __________________________________________________
           Seorang angkasawan membawa biji benih ke Bulan dan menyemainya.     
           Selepas seminggu biji benih tersebut tidak tumbuh.


    e) Nyatakan sebab pada keadaan biji benih tersebut?
          __________________________________________________




Contoh: 3





Learning Objective : 1.1 Understanding the Solar System
Learning Outcome :1.1.2 List the planets in the Solar System in a sequence.

Name :___________________________        
Class :____________________________        Date:________________


A


Senaraikan planet-planet mengikut urutan bermula dengan yang paling dekat dari Matahari.









B
Jawab soalan-soalan berikut.

1. Planet manakah yang paling hamper dengan Matahari?_____________

2. Apakah planet ketiga dari Matahari?____________________________

3. Namakan planet selepas planet Musytari._________________________

4. Namakan planet yang berada di antara planet Bumi dengan Musytari ._________________

5. Apakah nama planet kesembilan dalam Sistem Suria?_____________

Objek - Objek Lain Dalam Sistem Suria - Asteroid

Lihat Video
        Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid. 


        Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.

        Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.

        Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.

        Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.

        Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.

        Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.

Planet Kerdil

        Planet kerdil, sebagaimana yang dikelaskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, ialah jasad samawi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. mengorbit Matahari,
  2. mempunyai jisim yang cukup besar sehingga gravitinya mampu mengatasi daya jasad tegar sehingga jasad itu mencapai bentuk hampir bulat (keseimbangan hidrostatik),
  3. belum mengosongkan kawasan orbitnya supaya tidak diduduki oleh jasad lain selain satelit-satelitnya sendiri,
  4. dan bukan satelit bagi planet lain.
       
[ lihat Video ]        


         Klasifikasi ini diputuskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 24 Ogos 2006 berikutan pentakrifan semula maksud planet 2006. Justeru,Pluto, kerana tidak memenuhi syarat-syarat menjadi sebuah planet, secara rasminya "diturunkan pangkat" kepada status planet kerdil.

         Setakat ini, terdapat lima anggota planet-planet kerdil yang dikenal pasti:

  1. Ceres - ditemui pada 1 Januari 1801, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  2. Pluto - ditemui pada 18 Februari 1930, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 24 Ogos 2006.
  3. Eris – ditemui pada 5 Januari 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  4. Makemake – ditemui pada 31 Mac 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 11 Julai 2008.
  5. Haumea – ditemui pada 28 Disember 2004 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.

Planet - Planet Dalam Sistem Suria




SEJARAHNYA

             Perkembangan dalam astronomi bererti Matahari dan Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik. Sejak penerimaan model heliosentrik di atas model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada budaya dan ijmak saintifik:
  • 1543 - enam (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari and Zuhal) (lima jika Bumi tidak diterima)
  • 1781 - tujuh (dengan Uranus)
  • 1807 - sebelas (dengan Ceres, Pallas, Juno dan Vesta)
  • 1845 - dua belas (dengan Astraea)
  • 1846 - tiga belas (dengan Neptun)
  • 1851 - dua puluh tiga (dengan Hebe, Iris, Flora, Metis, Hygiea, Parthenope, Victoria, Egeria, Irene dan Eunomia)
  • 1852 - lapan (tanpa Ceres dan 14 asteroid)
  • 1930 - sembilan (dengan Pluto)
  • 2006 - lapan (tanpa Pluto)
             Apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800-an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali, namun pada 2006 ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dalam kategori baru planet kerdil.

"Senario yang serupa dihadapi Pluto. Ia pertama kali ditemui pada 1930 dan diterima IAU sebagai planet kerana disangkakan sebesar Bumi. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan. Selepas banyak lagi jasad baru ditemui melampaui Neptun semasa 1990-an dan awal 2000-an, IAU memutuskan untuk mengelaskan semula Pluto sebagai planet kerdil pada 2006."
              Salah satu objek ini ialah Eris, yang penemuannya pada 2003 diwarwarkan dalam blog, jurnal dan media utama sebagai "planet ke-10", walaupun IAU tidak pernah menerimanya secara rasmi. Ramai yang melobi supaya Eris dijadikan planet, tetapi selepas perdebatan panjang ia menyertai Ceres dan Pluto sebagai planet kerdil.


PEMBENTUKAN

              Asal pembentukan planet tidak diketahui dengan pasti. Teori yang lazim ialah mereka terbentuk dari sisa nebula yang tidak memeluwap di bawah graviti untuk membentuk protobintang. Sebaliknya, sisa-sisa ini menjadi cakera protoplanet habuk dan gas yang nipis di sekeliling proto bintang dan mula memeluwap di tumpuan jisim setempat dalam cakera yang dipanggil planetesimal. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk protoplanet. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut. Ini meningkatkan kadar penangkapan planetesimal dengan faktor sepuluh kali.

             Apabila protobintang telah membesar cukup sehingga dapat menyala menjadi bintang, angin surianya meniup kebanyakan bahan lain dalam cakera tersebut. Selepas itu masih banyak protoplanet yang mengorbit bintang atau sesama sendiri, namun selepas beberapa lama kebanyakannya akan berlanggar, sama ada untuk menjadi satu planet yang lebih besar atau hancur untuk diserap oleh protoplanet atau planet lain. Jasad-jasad yang cukup besar akan menangkap kebanyakan jirim di sekitar otbitnya untuk menjadi planet. Sementara itu, protoplanet yang tidak berlanggar mungkin menjadi satelit semula jadi planet melalui proses penangkapan graviti, atau kekal dalam lingkaran objek lain untuk menjadi planet kerdil atau badan sistem solar kecil.

             Hentaman bertenaga planetesimal kecil akan memanaskan planet yang sedang membesar, menyebabkannya mencair sedikit. Bahagian dalam planet tersebut akan mula dibezakan oleh jisim, membentuk teras yang lebih tumpat. Planet terestrial kecil hilang kebanyakan atmosferanya akibat pembesaran ini, namun gas yang hilang boleh diganti dengan mengeluarkan gas dari mantel dan dari hentaman komet kemudiannya. (Planet kecil boleh kehilangan atmosfera yang terhasil melalui pelbagai cara.)

             Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet. Jadi bintang penduduk II difikirkan tidak akan mempunyai sistem planet yang lebih besar berbanding bintang penduduk I.

PLANET DALAM SISTEM SURIA

              Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari Matahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-
  • Utarid - tiada satelit, 57.9 juta km
  • Zuhrah - tiada satelit, 108.2 juta km
  • Bumi - satu satelit semula jadi, Bulan, 149.6 juta km
  • Marikh - dua satelit, Phobos dan Deimos, 227.9 juta km
  • Musytari - enam puluh tiga satelit, 778.3 juta km
  • Zuhal - lima puluh enam satelit, 1,427.0 juta km
  • Uranus - dua puluh tujuh satelit, 2,871.0 juta km
  • Neptun - tiga belas satelit, 4,497.0 juta km
             Disebabkan oleh orbit planet yang membujur dalam sistem suria, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit.

KATEGORI PLANET

              Planet (dan planet kerdil) di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:
  1. Planet terestrial (atau planet berbatu): Planet (dan mungkin planet kerdil) yang serupa dengan Bumi — terdiri daripada batu-batu dan logam: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh. Planet-planet ini wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam lingkaran asteroid. Jika planet kerdil diambil kira, Ceres juga termasuk di sini.
  2. Gergasi gas (atau planet Jovian): Planet yang terbentuk dari gas-gas dan jauh lebih besar dari planet berbatu: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun. Gergasi ais termasuk dalam kelas ini, gas hidrogen dan heliumnya lebih banyak dalam bentuk ais dan batu.
  3. Kerdil ais (atau 'objek Pluton'): Objek yang tidak sebesar planet dan terdiri dari ais. Planet kerdil Pluto dan Eris termasuk dalam kelas ini. Kumpulan ini terletak di dalam Lingkaran Kuiper.
CIRI-CIRI PLANET

             Semua planet mengelilingi Matahari pada arah yang sama; melawan jam jika dilihat dari atas kutub utara Matahari. Tempoh satu putaran orbit planet dikenali sebagai satu tahun. Tempoh ini bergantung kepada jaraknya dari Matahari; lebih jauh planet tersebut dari Matahari, lebih jauhlah jarak yang perlu dilaluinya, dan lajunya juga lebih perlahan, kerana graviti Matahari kurang berkesan terhadapnya. Semua planet juga berputar pada paksi bayangan dipusatnya. Tempoh satu putaran ini dikenali sebagai satu hari. Kebanyakan planet, termasuk Bumi, berputar sambil mengelilingi, mengikut arah lawan jam. 
             "Zuhrah sahaja yang berputar mengikut arah jam. Di Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit di barat dan tenggelam di timur. Tempoh satu hari berubah-ubah antara planet. Satu hari di Marikh cuma 37 minit lebih lama dari di Bumi; Zuhrah lebih lama, 243 hari. Semua gergasi gas mempunyai tempoh putaran beberapa jam sahaja."
              Planet juga mempunyai kecondongan paksi yang berbeza-beza; mereka membuat suatu sudut pada satah ekliptik (bergerhana). Ini menyebabkan jumlah cahaya matahari yang diterima oleh setiap hemisfera berbeza sepanjang tahun. Oleh itu setiap planet mempunyai musim; perubahan pada iklim di sepanjang tahun. Waktu di mana setiap hemisfera paling jauh/pendek daripada Matahari dipanggil solstis. Setiap planet mempunyai dua solstis setahun. 

             Apabila hemisfera utara mengalami solstis musim panas, apabila siangnya paling panjang, henisfera selatan mengalami solstis musim sejuk, siangnya paling pendek. Kecondongan paksi Musytari amat kecil, jadi perbezaan musimnya amat sedikit; Uranus pula amat condong sehingga boleh dikatakan ia baring, ini bermakna hemisferanya adalah sentiasa siang atau sentiasa malam sekitar waktu solstis.

Neptun

            Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
  •  57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
           Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Uranus

            Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani purba iaitu Uranus (Yunani Kuno: Ορανός), bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan. Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.
            Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais". Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsu surih hidrokarbon. 

            Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.

Zuhal

            Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ♄).

            Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.

CIRI FIZIKAL

            Disebabkan kombinasi terhadap ketumpatannya yang rendah, putarannya yang pantas dan keadaan berbentuk cecair, Zuhal merupakan satu sfera yang agak lonjong; iaitu, ia mempunyai sedikit leper di bahagian kutub-kutub dan mengempar di bahagian khatulistiwa. Jejari khatulistiwa dan kutub berbeza sebanyak 10%—60 268 km melawan 54 364 km.Planet-planet gas yang lain juga berkeadaan sedemikian, tetapi agak kurang.

            Zuhal kemungkinannya paling dikenali disebabkan gelang atau cecincin planetnya, yang menjadikannya sebagai salah satu objek dapat dilihat yang paling menakjubkan dalam sistem suria. Gelang itu pertama sekali dilihat oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dengan teleskopnya, tetapi dia tidak dapat memastikannya. Dia kemudian menulis kepada Grand Duke of Tuscany bahawa "Zuhal tidak bersendirian tetapi terdiri daripada tiga, yang hampir bersentuhan dan tidak bergerak berbanding sesama sendiri. Mereka tersusun dalam garis setentang dengan zodiak, dan yang di tengah [Zuhal] adalah tiga kali saiz yang lurus [penjuru gelang]". Dia juga menggambarkan Zuhal sebagai mempunyai "telinga." Pada tahun 1612 sudut gelang menghadap tepat pada bumi dan gelang kelihatannya hilang, dan kemudian pada 1613 ia muncul kembali, mengelirukan lagi Galileo.

            Persoalan gelang itu tidak dapat diselesaikan sehingga 1655 oleh Christian Huygens, yang menggunakan teleskop yang lebih berkuasa berbanding dengan yang ada pada Galileo pada masanya. Pada tahun 1675 Giovanni Domenico Cassini menentukan bahawa gelang Zuhal sebenarnya terdiri daripada pelbagai gelang lebih kecil dengan ruang antara mereka; ruang terbesar dinamakan Pembahagi Cassini (Cassini Division).

CIRI FIZIKAL GELANG

            Gelang tersebut boleh dilihat dengan menggunakan teleskop moden berkuasa serdahana atau dengan teropong berkuasa tinggi. Ia menjulur 6,630 km hingga 120,700 km atas khstulistiwa Zuhal, dan terdiri daripada batu silika, oksida besi, dan ketulan air batu bersaiz kumin sehingga kereta kecil. Terdapat dua teori mengenai asal cicin Zuhal. Teori pertama diusulkan oleh Édouard Roche pada abad ke 19, adalah gelang tersebut merupakan bekas bulan Zuhal yang orbitnya reput sehingga ia cukup dekat sehingga berkecai akibat kuasa pasang surut (lihat had Roche). Variasi teori ini adalah bulan tersebut berkecai akibat hentaman komet atau asteroid. Teori kedua adalah cicin tersebut bukanlan dari bulan Zuhal, tetapi bahan lebihan nebula asal yang membentuk Zuhal. Teori ini tidak diterima masa kini disebabkan gelang Zuhal dianggap tidak stabil merentasi jutaan tahun, dan dengan itu dianggap baru terbentuk.

            Sementara ruang terluas di gelang, seperti Renggang Cassini (Cassini division) dan Renggang Encke, boleh dilihat dari Bumi, Voyager mendapati gelang tersebut mempunyai struktur seni yang terdiri dari "beribu" renggangan kecil dan gelang (ringlets). Struktur ini dipercayai terbentuk akibat tarikan graviti bulan-bulan Zuhal melalui pelbagai cara. Sesetengah ruang terhasil akibat laluan bulan kecil seperti Pan, dan banyak lagi ruang yang belum dijumpai, sementara sesetengah gelang kecil dikekalkan oleh medan graviti satelit penggembala kecil seperti Prometheus dan Pandora. Ruangan lain terbentuk akibat "getaran" antara tempoh orbit zarah direnggang dengan bulan yang lebih besar yang terletak lebih jauh; Mimas mengekalkan renggangan Cassini melalui cara ini. Malah lebih berstruktur dalam gelang sebenarnya terdiri dari gelombang berputar yang dihasilkan oleh ganguan graviti bulan secara berkala.

JEJARI GELANG

            Sehingga 1980, struktur gelang dijelaskan sepenuhnya sebagai tindakan kuasa graviti. Kapal angkasa Voyager menjumpai ciri-ciri jejari gelap (dark radial) dalam gelang B, dikenali sebagai paksi, yang tidak dapat dijelaskan melalui cara ini, disebabkan ketegaran mereka dan pusingan mengelilingi gelang yang tidak selari dengan mekanik orbit. Ia dianggap bahawa mereka berkait dengan interaksi eletromagnet, kerana ia berputar hampir sejajar dengan magnetosfera Zuhal. Bagaimanapun, mekanisma sebenar paksi (spokes) tersebut masih belum diketahui. 

            Pada Februari 2005, kapal angkasa Cassini tidak dapat menjejak sebarang paksi dalam gelang, walaupun mempunyai perkakasan pengimej berkualiti lebih tinggi berbanding Voyagers'. Ia berkemungkinan bahawa paksi muncul dan ghaib secara bermusim. 


Musytari

            Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
            Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. 

Marikh

            Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
  • 57.9 juta kilometer ke Utarid,
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi,
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh,
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari,
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
            Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. Marikh senantiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). 

             Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.

            Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.

            Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

SEGI TOPOGRAFI

            Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (tanah Arab). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan; ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major.

            Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.



Bumi


            Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.
            
             Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.


              Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
            
             Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
            
            Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.


Zuhrah

            Zuhrah atau di dalam bahasa inggerisnya Venus planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

        Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.

        Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. 

        Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.


Utarid

           Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.
            
            Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. 

             Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet. Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008. MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.

Matahari

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

 Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Sistem Suria


            
            Sistem Suria (Solar System) terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu Antaraplanetari.

Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort. Sealiran dari zarah bercas dari (angin suria) Matahari, mencipta heliosfera, sebuah buih yang menyerap Sistem Suria dan terhapus dalam heliopause, secara kasarnya pada tepian dari cakera bertaburan. Laksana pertgh-2008 empat objek yang lebih kecil dikelaskan sebagai planet kerdil. Ceres berada dalam jalur asteroid, manakala tiga yang lain (Pluto, Makemake dan Eris) semuanya melepasi Neptun. Enam dari planet dan dua dari planet kerdil secara bergilir diorbit oleh satelit semulajadi, lazimnya diistilahkan "bulan" selepas Bulan Bumi, dan setiap dari planet luaran dikelilingi oleh cincin planetari dari debu dan zarah lain.

Secara tak rasmi, Sistem Suria kadangkala dibahagikan kepada zon berasingan. Sistem Suria dalaman termasuk empat planet terestrial dan jalur asteroid utama. Sesetengah menaksirkan Sistem Suria luaran sebagai terdiri dari segalanya melepasi asteroid. Sejak penemuan jalur Kuiper, yang lain menaksirkannya sebagai rantau melepasi Neptun, dengan empat gas gergasi yang dianggap "zon pertengahan" berasingan. Pada 24 Ogos, 2006, Kesatuan Astronomikal Antarabangsa (IAU) menaksirkan istilah "planet" buat pertama kali, disegerakan oleh penemuan Eris dan perbincangan yang berikut atas pengelasannya. Penaksiran ini membahagikan objek yang mengorbit Matahari dibahagikan kepada tiga kelas: planet, planet kerdil, dan anggota Sistem Suria kecil.

Sebuah planet merupakan sebarang badan yang mengorbit mengelilingi Matahari yang mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk dirinya kepada bentuk bersfera dan mempunyai membersihkan kejiranan segeranya dari semua objek yang lebih kecil. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai lapan planet yang diketahui: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Pluto telah disingkirkan dari status planetari, laksana ia tidak dibersihkan orbitnya dari sekitar objek jalur Kuiper. Sebuah planet kerdil merupakan badan selestial yang mengorbit Matahari yang cukup besar untuk dilingkarkan oleh gravitinya sendiri tetapi iaitu tidak membersihkan rantau kejiranannya dari planetesimal dan bukan satelit. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai empat planet kerdil yang diketahui: Ceres, Pluto, Makemake, and Eris. Planet kerdil yang mengorbit dalam rantau trans-Neptunian dipanggil "plutoid."


         Saki-baki dari objek yang mengorbit mengelilingi Matahari adalah anggota Sistem Suria kecil.(ASSK). Satelit semulajadi, atau bulan, adalah objek yang mengorbit mengelilingi planet, planet kerdil dan ASSK, berbanding dari matahari itu sendiri. Para astronomi biasanya mengukur jarak di dalam Sistem Suria dalam unit astronomikal (AU). Satu AU adalah kira-kira jarak purata antara Bumi dan Matahari, atau 149,598,000 km (92,956,000 bt). Pluto secara kasarnya 38 AU dari Matahari, manakala Musytari berada secara kasarnya 5.2 AU. Satu tahun cahaya ialah 63,240 AU. Sebuah jarak badan dari Matahari dalam kursus dari tahunnya. Pendekatan terdekat kepada Matahari dipanggil perihelion, manakala jarak terjauh dari Matahari dipanggil aphelion.


Pengenalan

Salam 1 Malaysia.

     Tujuan pembinaan blog ini adalah bagi mengembangkan lagi kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang selama ini hanya berasaskan buku, papan putih dan sumber-sumber nota lain. Isi kandungannya pula adalah mengenai Sains yang mana lebih menumpukan mengenai Sistem Suria. Diharapkan dengan terhasilnya blog ini dapatlah ianya memberikan faedah kepada pembaca-pembaca semua. Terima Kasih dan Selamat Datang!






MARI MENYANYI BERSAMA!




Anda Mungkin Juga Meminati: